PENTADBIR SEKOLAH

BULETIN

UJIAN TATABAHASA

E-PENDIDIKAN

KENANGAN INDAH

Slideshow image


Since your web browser does not support JavaScript, here is a non-JavaScript version of the image slideshow:


slideshow image


slideshow image


06 May 2009

SEJARAH SEKOLAH


Sekolah ini ditubuhkan pada 1.11.1951 iaitu dalam zaman darurat di mana penduduk-penduduk di kawasan pendalaman dan kawasan pinggir seperti kebun sayur, kebun getah dan dusun dipindahkan ke suatu kawasan baru yang dipanggil Kampung Baru supaya mereka selamat daripada ancaman anasir komunis

Sebelum penubuhan Kampung Baru Tampin, lebih kurang 30 orang murid sekolah ini belajar di sebuah rumah kosong dan dinamakan ‘Sekolah Cina Chiao Zi’ pada tahun 1946 di kawasan kebun sayur Batu Belang, Tampin. Guru Besar yang pertama di sekolah ini ialah En. Lan Shi Hong. Setelah Kampung Baru Tampin ditubuhkan pada tahun 1951, beberapa orang pemimpin kampung ini merancang dan mendirikan sebuah sekolah daripada kayu hutan, papan dan atap rumbia di tapak sekolah sekarang. Sebahagian daripada bahan binaan itu adalah daripada sekolah lama dulu yang diangkut dengan kereta lembu ke kampung yang baru didirikan.


Guru Besar yang pertama di sekolah ini ialah En. Wong Kwang Siaw dan di bawahnya ada dua orang guru lagi. Pengerusi LPS yang pertama ialah En. Pang Loo.

Pada tahun 1952, En. Wong Kwang Siaw meletak jawatan dan En. Lee Yuen Yee menggantikan beliau sebagai Guru Besar.

Bilangan murid sekolah ini mula bertambah lebih daripada 200 orang dan gurunya 8 orang. Oleh itu 2 bilik darjah lagi yang berbumbung zink telah dibina.

Pada 1966 satu bumbung tambahan seluas 300 kaki persegi telah dibina oleh PIBG dengan kos RM2,500.00. Dalam tahun 1968 sebuah tandas dibina dengan kos RM10,000.00.

Pada penghujung tahun 1968, En. Lee Yuen Yee meninggal dunia dan En. Kwang Tee Soon menggantikan beliau sebagai Guru Besar yang ketiga.



Dalam tahun 1973, satu blok bangunan konkrit yang mempunyai 4 bilik darjah telah dibina untuk menggantikan 2 bilik darjah yang dibina dengan papan.

Pada tahun 1986, dengan bantuan daripada YB En. Lay Chun Tai, ADUN Kawasan Repah, sekolah ini berjaya mendapat peruntukan sebanyak RM50,000.00 untuk membina satu blok bangunan 5 bilik darjah dengan cara bergotong-royong.

Pada bulan Februari 1992, En. Kwang Tee Soon bersara dan beliau diganti oleh En. Chong King Ian mulai 1.5.1992. Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah ketika itu ialah En. Wong Kwee Siong dan Pengerusi PIBG ialah En. Chong Yu yang kemudian diganti oleh En. Chong Han Kiah pada awal tahun 1997


Oleh kerana bilangan murid semakin bertambah, pihak sekolah telah mengemukakan permohonan kepada Kementerian Pendidikan pada tahun 1994 untuk membina satu blok bangunan 2 tingkat yang mengandungi 8 bilik darjah. Dalam tahun 1995 RM25,000.00 telah diperuntukkan untuk penyelenggaraan bangunan sekolah.

Pada hujung tahun 1997, peruntukan RM50,000.00 diberi untuk membina 2 bilik darjah bagi mengganti rumah guru (kemudian digubahkan sebagai tadika) yang telah uzur. Selain daripada bilik darjah, bangunan ini juga digunakan sebagai pentas dan dewan. Satu bilik kecil lagi digunakan sebagai Stor Pendidikan Jasmani.

Pada 28.2.1998, bangunan sekolah ini dilanda ribut kencang dan sebanyak RM10,700.00 diberi untuk memperbaiki kerosakan bangunan serta menebang pokok.

Pada penghujung tahun 1998 satu lagi peruntukan sebanyak RM15,900.00 diberi untuk penyelenggaraan tandas, bekalan air dalam tandas dan membina gajah menyusu dari dewan ke tandas.

Pada penghujung tahun 1998, RM80,000.00 diperuntukan untuk pembinaan satu blok bangunan bilik darjah dan telah diubahsuai sebagai Pejabat Sekolah, Bilik Guru Besar, BilikGuru dan Makmal Komputer.

Pada 17.01.2000, En. Chong King Ian telah dinaikkan pangkat ke gred DGA34 dan ditukar ke SJK (C) Chung Hua, Kuala Pilah. Tempat beliau telah diambilalih oleh En. Lim Song Hai.

Pada 10.03.2001, En. Lim Song Hai ditukarkan sebagai Penyelia Sekolah Rendah di PPD Tampin/Rembau dan tempatnya diambilalih oleh En. Sin Geok Pheng yang ditukar dari SJK(C) Kg. Baru Gedok, Gemencheh.


BERITA SENSASI

SENARAI PAUTAN PILIHAN

kosmo sinchew nanyang nst DINAKARAN sinar OUM Metro beritaharian NST utusan jazeera jazeera MyKKK

HAK CIPTA TERPELIHARA

Hak Cipta Terpelihara 2009:
SJK (C) KG. BARU TAMPIN,
73000 TAMPIN,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
Tel : 06 - 4416435 Faks : 06 - 4416435
Penafian :
SJK (C) KG. BARU TAMPIN Tidak akan bertanggung jawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan akibat penggunaan maklumat yang dicapai daripada Blog Rasmi SJK (C) KG. BARU TAMPIN ini.

BARISAN KEPIMPINAN

ANDA PENGUNJUNG KE


SEKALUNG PENGHARGAAN

1-EN. SIN GEOK PHENG

2-EN. SHAFIE DIRON

3- CIK YEW HUEY WEN

4-RAKAN-RAKAN SETUGAS

5-SEMUA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG DAN TIDAK LANGSUNG

KOMEN DAN CADANGAN

Archive

RENUNGKANLAH

--------------------------------------------------------------------------- Apa yang kita fikir, apa yang kita tahu, atau apa yang kita percaya sebenarnya tidaklah begitu penting kerana yang lebih penting ialah apa yang kita LAKUKAN . >

---------------------------------------------------------------------------

Ibnu Qayyim pernah berkata:

1-Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah Subhanahu Wa Taala.

2-Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah Subhanahu Wa Taala.

3-Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah Subhanahu Wa Taala.

4-Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya.

5-Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya

6-Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akanterbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.

7-Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. .

8-Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendung hajat hati si hamba itu. >

---------------------------------------------------------------------------

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ...

1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.

2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.

3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan

"Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

 

Copyright © SJKC KG BARU TAMPIN 2009