Latar Belakang Sekolah
Secara statistik sekolah ini mempunyai jumlah murid seramai 485 orang. Bilangan guru seramai 26 orang yang terdiri daripada Guru Besar, Penolong Kanan, Guru Pemulihan, Guru Pusat Sumber, Guru Agama dan guru-guru lain. Kakitangan sekolah pula seramai 3 orang yang terdiri daripada kerani, Pembantu Am dan Pembantu Am Rendah. Dari segi fizikal, sekolah ini mempunyai 12 bilik darjah untuk kegunaan murid-murid Tahun Satu hingga Tahun Enam. Purpustakaan terpaksa diubahsuai untuk dijadikan bilik darjah memandangkan ada kelas yang terlalu ramai murid dan terpaksa dibahagikan kepada tiga kelas. Bilik-bilik khas yang lain termasuklah Bilik Guru Besar, Bilik Guru, Bilik Pusat Sumber, Makmal Sains, Bilik Kemahiran Hidup, Bilik Komputer, Bilik Alat Pendidikan Jasmani, Bilik Bahan Bantu Mengajar, bilik SPBT, bilik pemulihan serta Bilik Alat Perkebunan. Sekolah ini juga mempunyai gelanggang bola keranjang / gelanggang bola tampar. |