PENTADBIR SEKOLAH

BULETIN

UJIAN TATABAHASA

E-PENDIDIKAN

KENANGAN INDAH

Slideshow image


Since your web browser does not support JavaScript, here is a non-JavaScript version of the image slideshow:


slideshow image


slideshow image


29 August 2010

MEMPERINGATI DETIK SEJARAH KEMERDEKAAN MALAYSIA


Pilihan raya umum yang pertama ditandingkan pada tahun 1955. Parti-parti seperti PAS, Parti Negara di bawah pimpinan Dato' Onn bin Jaafar, Parti Buruh, Parti Progresif Perak, Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC dan sebagainya bertanding dalam pilihan raya umum tersebut.Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. 1 kerusi lagi dimenangi oleh PAS. Dengan kemenangan dalam pilihan raya, kabinet kerajaan telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman menjadi Ketua Menteri yang pertama.

Pada tahun 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai suatu rombongan ke London untuk membincangkan perkara-perkara mengenai kemerdekaan. Rundingan ini mengambil masa tiga minggu di London. Perjanjian London 1956 ditandatangani pada 8 Februari 1956 yang menyatakan persetujuan memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Sekembali ke Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengumumkan tarikh kemerdekaan di Melaka.

Pada tahun 1956, suatu Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel ditubuhkan untuk menggubal perlembagaan. Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel atau lebih dikenali sebagai Suruhanjaya Reid yang dipengerusi oleh Lord Reid dari Britian terdiri daripada pakar-pakar undang dari negara Komanwel. Laporan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Reid dipinda oleh Jawatankuasa Kerja dan diluluskan oleh Majlis Undangan Persekutuan.

Bendera Union Jack iaitu bendera British diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur pada tepat pukul 12 malam 31 Ogos 1957. Kemudian, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan di Stadium Merdeka. Jemaah Menteri diumumkan juga pada hari pengisytiharan kemerdekaan.

Pengistiharan Kemerdekaan

Apabila tarikh Kemerdekaan telah ditentukan, Tunku telah mengarah Jabatan Kerja Raya untuk membina sebuah stadium terbuka yang akan dijadikan tempat pengistiharan Kemerdekaan. Tunku memilih sendiri lokasinya, di sebuah bukit yang rendah berdekatan Jalan Birch dan stadium itu dinamakan 'Stadium Merdeka'.

Di Stadium Merdeka, Tunku berdiri gagah menerima ketibaan Duke of Gloucester yang memakai pakaian istiadat ketenteraan British berpangkat Field Marshall. 'God Save The Queen' berkumandang ketika Duke of Gloucester yang merupakan pakcik Queen Elizabeth II masuk dan mengambil tempat. Duke telah diiringi oleh Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Donald MacGillivray.

Raja-raja Melayu pula duduk dipayungi oleh sembilan payung kuning, Yang DiPertuan Agong pula duduk di tengah-tengah, di kirinya Tunku dan di kanannya Duke.

Duke kemudiannya menyerah 'Instrumen Kemerdekaan' yang mana merupakan suatu pengakuan British bahawa ia menyerahkan kedaulatan Pulau Pinang dan Melaka kepada negara baru ini dan seterusnya menarik balik 'perlindungan' yang diberikan kepada negeri-negeri Melayu.

Tunku kemudiannya membacakan pengistiharan Kemerdekaan yang antara lainnya menyebut "Dengan nama Allah, Persekutuan Tanah Melayu untuk selamanya sebuah negara yang demokratik dan Merdeka". Acapkali suaranya tenggelam dan pekikan Merdeka! Merdeka! Merdeka! oleh rakyat sebuah negara baru yang lahir dari suatu perjuangan yang suci.

Seorang anak bangsa yang menyaksikan segalanya di depan mata, menghuraikan pengalamannya, Hujan renyai-renyai menghiasi pagi. Tanpa disedari linangan air mata membasahi pipi. Stadium Merdeka dibanjiri oleh anak-anak bangsa yang datang dari setiap pelusuk negeri. Masing-masing hadir dengan harapan yang tinggi. Menjadi saksi, satu peristiwa yang penuh bererti, yang tidak akan dilupai tersemat disanubari sampai mati. Merdeka telah kita miliki 'Merdeka! Merdeka! Merdeka!

BERITA SENSASI

SENARAI PAUTAN PILIHAN

kosmo sinchew nanyang nst DINAKARAN sinar OUM Metro beritaharian NST utusan jazeera jazeera MyKKK

HAK CIPTA TERPELIHARA

Hak Cipta Terpelihara 2009:
SJK (C) KG. BARU TAMPIN,
73000 TAMPIN,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
Tel : 06 - 4416435 Faks : 06 - 4416435
Penafian :
SJK (C) KG. BARU TAMPIN Tidak akan bertanggung jawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan akibat penggunaan maklumat yang dicapai daripada Blog Rasmi SJK (C) KG. BARU TAMPIN ini.

BARISAN KEPIMPINAN

ANDA PENGUNJUNG KE


SEKALUNG PENGHARGAAN

1-EN. SIN GEOK PHENG

2-EN. SHAFIE DIRON

3- CIK YEW HUEY WEN

4-RAKAN-RAKAN SETUGAS

5-SEMUA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG DAN TIDAK LANGSUNG

KOMEN DAN CADANGAN

Archive

RENUNGKANLAH

--------------------------------------------------------------------------- Apa yang kita fikir, apa yang kita tahu, atau apa yang kita percaya sebenarnya tidaklah begitu penting kerana yang lebih penting ialah apa yang kita LAKUKAN . >

---------------------------------------------------------------------------

Ibnu Qayyim pernah berkata:

1-Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah Subhanahu Wa Taala.

2-Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah Subhanahu Wa Taala.

3-Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah Subhanahu Wa Taala.

4-Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya.

5-Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya

6-Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akanterbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.

7-Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. .

8-Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendung hajat hati si hamba itu. >

---------------------------------------------------------------------------

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ...

1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.

2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.

3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan

"Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

 

Copyright © SJKC KG BARU TAMPIN 2009