26 May 2009
LAGU NILAM
Membaca dan belajar amalan hidup mulia
Bina tabiat membaca matlamat NILAM kita
NILAM NILAM anugerah NILAM
Membaca dan belajar amalan hidup mulia
PROSES NILAM
• 1. Rekod Membaca
Setiap pelajar merekodkan buku yang dibaca dalam Buku Rekod Membaca NILAM.
• 2. Pengesahan Pembacaan
Guru Kelas mengesahkan rekod bacaan pelajar.
• 3. Pengiktirafan
Pengiktirafan diberi kepada pelajar berdasarkan bilangan buku yang dibaca.
PENCAPAIAN TAHAP NILAM
1. Tahap Jauhari
2. Tahap Rakan Pembaca
PENGIKTIRAFAN
Tahunan
• Buku Rekod Kemajuan
• Kad Kumulatif
Keseluruhan
• Selepas 6 tahun di sekolah rendah dan 5 tahun di sekolah menengah
• Sijil Berhenti Sekolah
• Surat Akuan Sekolah
Murid yang berjaya menamatkan program NILAM berkeistimewaan untuk pemilihan ke Sekolah Kawalan, Sekolah Berasrama Penuh, Kelas Ekspres, Penajaan Biasiswa dan Institut Pengajian Tinggi.
CADANGAN AKTIVITI NILAM
• 1. Program Iqra'
• 2. Membaca Bersama
• 3. Ceramah Buku
• 4. Pertandingan Bercerita
• 5. Khemah Membaca
• 6. Pameran Buku
• 7. Teater Membaca
Masa yang disarankan untuk Program NILAM
• 1. Dimasukkan dalam jadual waktu, satu waktu dalam pengajaran bahasa.
• 2. Masa Khas - contoh 10 minit sebelum waktu sekolah bermula dan waktu rehat.
• 3. Waktu untuk aktiviti perpustakaan.
• 4. Menggunakan waktu senggang untuk membaca.
SUMBER BAHAN BACAAN
• 1. Perpustakaan Sekolah
• 2. Perpustakaan Awam
• 3. Perpustakaan Keluarga
• 4. Sudut Bacaan di Masjid
• 5. Perpustakaan FELDA
• 6. Perpustakaan KEMAS
TAKRIFAN NILAM
NILAM atau 'NADI ILMU AMALAN MEMBACA' merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti
galakan membaca yang pernah dijalankan disekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Perlaksanaan
program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara
kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan.
Ia adalah satu usaha Kementerian Pelajaran
kalangan murid. Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu
atau Peralihan di sekolah menengah dengan rasminya pada 1999 melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian
Pelajaran Malaysia Bil.13/1998 Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998.
Objektif program ini adalah:-
• Merangsang Murid supaya banyak Membaca
• Menggalakkan sekolah terus menjana ide kreatif dan inovatif untuk diserapkan ke dalam NILAM.
Matlamat
Membina tabiat gemar membaca di kalangan individu.












